31 December 2010

rehat tapi penat

salam...

okeh..esok dah nak naik kereta kebal nak berlepas ke hujung dunia..*uwaaaaaaa*
so..usaha berbloging dihentikan buat 2, 3 ketika sahaja.. as a new KETUA UNIT aku kena pergi bertapa kt Gunung Ledang 20,30 tahun dulu untuk fit kan mental dan fizikal...
sumpah aku tak suka menjadi KETUA sebab aku akan gila KUASA..hahahaha* statement jerat diri*
selama aku diam harap-harap ada berita indah dari dunia belog ni.. tatatata sayang~~ LOL

nie semua classmate aku yang nak p perang gak!!
Y_Y

CONTEST NAK MENANG HEADER DAN BLOG MAKEOVER!!

salam...

okeh...macam nak resign dah join contest..kenapa?? sebab malas..hahahha.yew...kau memang pemalas..nak tulis entry baru pon siap golek-golek, lompat-lompat...terjun bangunan..okeh ..tipooo...hahaha.. tq to si gula-gula pelangi yang invite join contest nie..macam menarik sebab aku memang suka make-over-over-over-over and over again..*kesejukkan melampau membuatkan sel otak aku mengecut* Y__Y..

okeh semua.. nie dia contestnya!!!


hadiah-hadiahnya ialah :
p/s: copy jek dr tuan tanah..hahaha

1. Full blog makeover. FULL!! maksudnya satu blog tu kita kasi makeover sama dia! daripada Header, ke footer, background blog, background sidebar title, chatbox skin, dan banyak lagi! Yang paling best, semuanya akan dibuat mengikut citarasa pemenang.. especially header! and its free!! Nama pun hadiah dia personalised header, jadi header tu, dalam dunia ni blog korang je yang ada! terlupa lak.. ada hadiah misteri yang sulit untuk diketahui.

2. sesiapa pun boleh join...follow cicak dan lelabah adalah lebih berkat...hahaha

3. Buat satu entry bertajuk CONTEST NAK MENANG BLOG HEADER MAKEOVER!
dan dalam entry tu elaborate kenapa anda nak makeover header atau tukar rupa blog anda? senang kan? tiada limit perkataan, nak express kesedihan pasal rupa blog sekarang pun no hal. nak upload gambar korang banyak2 pun boleh. apa-apa je yang korang suka asal korang bahagia haha.. janji ada sebab kenapa korang nak makeover layout blog, yang selebihnya tu nak mereka-reka cerita pun takpe.. Dan lepastu, tinggalkan link entry anda dekat ruang komen ini.

**
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

kenapa aku nak makeover header atau tukar rupa blog aku?

1. AKU BUTA SENI!!!
2.AKU GILA GLAMOUR
3.AKU NAK DAPAT INCOME BANYAK DR NUFFNANG MACAM 
3. SUPAYA AKU TAK SEDIH-SEDIH BUAT RATAPAN ANAK TIRI 
KESAN TENGOK BELOG SENDIRI YANG TOGEL
4. SEBAB DAH TAK DE SEBAB!!

OKEH..ANDA SILA JOIN...PIJA SHOMEL DAN SITI ARMIZA SOPAN


30 December 2010

SEGMEN JOM BERKENALAN



salam...

mari merapatkan silaturrahim dengan join segmen jom berkenalan daripada Incek Loqman Hakim
cara nak juin mudah jek. 

  • Buat Entry  bertajuk"SEGMEN  JOM BERKENALAN"
  • Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda
  • Sila jawab soalan dibawah:


Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)..ceritakan sedikit
- janda bergetah!! ececeh...nak sgt menjanda.. i  am single but not available

Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)
-

Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)..
-yeah!! I am newbie.. baru sepuluh setahun jangung bergiat aktif berbloging. Aku tulis apa yang aku rasa nak tulis. Aku pernah memaksa rakan taulan follow blog ni..* hahaha..KEJAM*.. semua itu gara-gara kesedihan melampau folower de 4 orang je. LOL

Apa pandangan anda tentang dunia blog?
- Dunia yang belum ada peta

Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
- tak de nasihat sebab diri sendiri pon dah tak ternasihat..hahaha

Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
- aku tulis ikut rasa

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
-sampai aku married wit Johnny Depp..*iyew....cita2 besar sangat*hahahaha

okeh..da jawab semua  dan ikut step ni pulak.

  • Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)..
  • Linkkan entry anda ke ruangan komen penganjur
  • Tarikh tutp sampai 3 Januari 2011~


contest into d mirror



salam..

tgk banner kat atas.. da terang lagi bersuluh pelita tulis contest kan?? okeh..contest ni siti armiza yang ajak join. disebabkan beliau cantik dan sopan aku terpengaruh la jgk.. okeh..aku pertaruhkan pic zaman kuno nie. 

LAYAN!!!!

its me!! 2 tahun lepas la tapi.. x_X
nama :
 si gemox yang gojez
location :
 kereta Wary * sumpah muka die sejibik Qi Razali*
masa/waktu/ketika : 
RAYA SAKAN
behind the scene :
aku, ZABEDAH, dan Wary beraya sakan dari kampung halaman iaitu Pekan sampai ke Kuantan..
bercamwhore di beberapa lokasi lepak seperti TC* teluk cempedak*, Coffee Street, dan beberapa lokasi yang aku dah tak hengat. Suasana memang emosi dan mental apabila kami melepak bersama. Pic ini di snap sebelum kegilaan bermula..sebab itu semua nampak masih sempurna.
harapan :
semoga pic kuno ini memenuhi kriteria pihak penganjur yang HOWTZ 

nie aku nak ajak depa nie join gak.


29 December 2010

team Malaysia pakai BOMOH HANDSOME

salam...

aku bukan peminat tegar dunia bola sepak..jadi entry ini bukan bercerita mengenai teknik permainan, skills , laser gunung berapi awek indon or anything else...entry ni mengenai karisma seorang player yang membuatkan aku berada 2 inci sahaja dari kaca televisyen semasa pelawanan bola sepak piala AFF.
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! ini dia

 KHAIRUL FAHMI CHE MAT @ apek tomey * ngeeeeeee*

gojez bukan main lagi

omaigod!!! ganteng!!!!

gagah perkasa O___o
nk tgk IC.. ang nie warganegara Malaysia ke x...


okeh.. damn HOWTTTTT



confirm u leh pinang i skg !!

tips kembali ke sekolah

salam...

AYOH KEMBALI KE SEKOLAH!! AYOOOOOOHHHHHHHH!!!!

Bersemangat waja dan berkeinginan tinggi untuk menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang???
Disini saya ada menyediakan tips dengan bayaran serendah yang mungkin.. Anda boleh mendapatkan 1 set "tips belajar untuk exam" dengan hanya klik iklan nuffnag yang ada di tepi blog ini... 

p/s:
 peringatan!! 
semakin kerap anda klik pada iklan nuffnag, semakin mujarab tips ini..
selamat menjadi insan yang cemerlang!!!!

TIPS BELAJAR
Belajar merupakan satu perkara wajib yang pada umumnya dilakukan di sekolah mahupun institusi pengajian ketika proses pelajaran berlangsung oleh para pelajar dan dibimbing oleh pengajar. Proses belajar hendaklah dilakukan dalam keadaan yang tidak kelam-kabut kerana pembelajaran yang dilakukan secara terburu-buru memiliki impak yang tidak baik.
Berikut adalah tips dan panduan yang dapat membantu dalam mempersiapkan diri menghadapi ujian :

1. BELAJAR SECARA BERKUMPULAN

Belajar berkumpulan dapat menjadikan kegiatan belajar menjadi lebih mudah kerana pelajar ditemani rakan-rakan yang mungkin lebih memahami sesuatu perkara. Malah, pelajar juga dapat menjadikan ia sebagai satu proses latih tubi dengan membantu rakan yang tidak memahami topik terbabit.

2. RAJIN MEMBUAT CATATAN INTIPATI PELAJARAN

Bahagian-bahagian penting dari pelajaran sebaiknya dibuat catatan di atas kertas atau buku kecil yang dapat dibawa kemana-mana sehingga dapat dibaca di mana pun kita berada. Ini merupakan salah satu cara untuk pelajar mengingati perkara-perkara penting.

3. MEMBUAT JADUAL WAKTU YANG BAIK

Ada baiknya pelajar membuat jadual belajar dalam menguruskan waktu agar pelajar tidak bosan dengan apa yang dikerjakan. Sebaiknya, tempoh belajar adalah dari 20 minit ke 40 minit dengan pertukaran mata pelajaran yang berlainan. Boleh juga diselang-selikan dengan kerja atau waktu santai. Apa yang penting, pelajar perlu elakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran.

4. DISIPLIN DALAM BELAJAR

Apabila pelajar telah membuat jadual belajar maka ianya harus dijalankan dengan baik. Contohnya seperti belajar menepati waktu dan lakukan serius tidak sambil main-main. Jika waktu makan, mandi, ibadah, dan sebagainya telah tiba maka jangan ditunda-tunda lagi. Lanjutkan belajar setelah melakukan kegiatan tersebut jika waktu belajar belum tamat. Bermain dengan rakan-rakan atau game dapat merosakkan mood belajar. Sebaiknya kegiatan bermain juga dijadualkan dengan waktu yang cukup panjang namun tidak melelahkan jika dilakukan sebelum waktu belajar. Jika bermain video game sebaiknya pilih game yang lebih mendidik dan tidak melalaikan atau mempunyai tahap(level) yang boleh mengakibatkan keseronokan melampau.

5. MENJADI AKTIF BERTANYA DAN DITANYA

Jika terdapat perkara yang belum jelas, maka tanyakan kepada guru, teman atau orang tua. Jika pelajar bertanya biasanya pelajar akan ingat jawapannya. Jika bertanya, bertanyalah secukupnya dan jangan bersifat menguji orang yang ditanya. Tawarkanlah pada rakan untuk bertanya kepada pelajar hal-hal yang belum mereka fahami. Semakin banyak ditanya maka pelajar dapat semakin ingat dengan jawapan dan apabila pelajar juga tidak tahu jawapan yang benar, maka pelajar dapat membahasnya bersama-sama dengan rakan-rakan. Pengajar garang dan cengil? Itu adalah satu proses dalam mendidik pelajar menjadi lebih berdaya saing. Untuk ilmu, pelajar seharusnya tabah dan jadikan ia satu dorongan kerana pengajar yang garang mahukan yang terbaik untuk pelajarnya.

6. BELAJAR DENGAN SERIUS DAN TEKUN

Ketika belajar di kelas dengarkan dan catat apa yang guru sampaikan. Cuba catitkan perkara yang penting kerana kadang kala hal tersebut tidak ada di dalam buku yang mungkin keluar dalam ujian. Ketika ada waktu terluang baca kembali catitan yang telah dibuat tadi dan hafalkan sambil cuba fahami maksudnya. Jika pelajar sudah merasa bersedia dengan suatu pelajaran maka ujilah diri sendiri dengan soalan latih tubi. Setelah itu periksa jawapan dengan kunci jawapan. Pelajari sebab-musabab mengenai soalan yang didapati salah. Ingat, latih tubi akan membiasakan diri para pelajar dengan pelbagai bentuk soalan.

7. HINDARI BELAJAR HINGGA LARUT MALAM

Jika waktu ujian sudah dekat biasanya pelajar akan panik kerana belum cukup bersedia. Jalan pintas yang sering dilakukan oleh pelajar yang belum bersedia adalah dengan belajar hingga larut malam. Sebaiknya ketika menjelang ujian, pelajar perlu tidur awal kerana jika tidak tidur semalaman akan mengakibatkan pelajar terlewat bangun dan semestinya akan membawa kesan buruk kepada kesihatan.

8. JUJUR DALAM MENGERJAKAN SOALAN DAN UJIAN

Hindari meniru ketika sedang mengerjakan soalan atau ujian. Meniru merupakan satu kesalahan serius kerana pemahaman yang kurang dalam sesuatu perkara boleh mengakibatkan kecederaan serius pada orang lain. Misalnya seorang pengimpal yang lalai boleh mengakibatkan kimpalan yang tidak kukuh yang mana pada bila-bila masa akan membahayakan pengguna.
Semoga tips cara belajar ini dapat memberikan manfaat untuk pelajar semua



HANIS ZALIKHA diatas SITI NURHALIZA!!!

salam...

AKU ANAK MALAYSIA!!!

Woah...berkobar-kobar..bukan disebabkan kesan panahan laser di padang bola tapi disebabkan rakyat Malaysia gemar beronline sehinggakan enjin carian google telah membuktikan beberapa benda maujud dan cantik berada di ranking teratas. Ini dia mereka yang telah membuka mata hati incek google..

SENARAI CARIAN INDIVIDU TERTINGGI:

  • MAHER ZAIN
okeh..INSYALLAH  kite beduet lagu baru.. * teeeeeeet*

  • JUSTIN BIEBER
kau budak kecik yang suka usha awek dalam klipvideo!!
BILE U NAK USHA I PLAK??

  • LUNA MAYA
monolog " mas ariel..akan ku tunngu dikau keluar lokap"

  • DIN BERAMBOI
-__-

  • LADY GAGA
rase nk p donate baju kebaya nenek aku kat dia ni

  • HANIS ZALIKHA
fuyooooo~~ anda tetap shanteq walaupun bergigi tidak normal wahai
 hanis zalikha

  • LEE MIN HO
nak tiom!! nak tiom!! * okeh gatai aku nie*

  • ADAM LAMBERT
"IM GAY AND IM OK"
LOL

  • SITI NURHALIZA
aku rasa disebabkan fesyen tudung saji siti yang membuatkan beliau femes
betoi tak????


sekian..renung-renungkan kenapa aku tak de kat dalam list ni.. * uwaaaaaa mau nangis T____T
salam...

miza d great telah banyak membantu..metaseh~~

tips berjalan-jalan

salam...

aku seorang perempuan cantik yang konfius dengan identiti sendiri..* ececeh...perah santanye...
aku juga akui yang kowg semua seorang yang anggun bergaya...* sile tepuk tangan sekuat hati*
tapi sedar tak kite leh ketahui personaliti kite dari cara kita berjalan??? buayefren pon leh taw personaliti kite melalui cara kite berjalan.. so, cekidaout enty dibawah k n kenalpasti personaliti diri kowg melalui cara berjalan..

owh...do i like gojez wit d white dress?? x__X


Berginjat 

* Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan seperti ini dipercayai tidak jujur. Ketika berbual, perkataan yang sering keluar dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego. Namun jangan risau, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki kerana memiliki wajah yang menarik. 


Menoleh ke kiri dan ke kanan


   * Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun wanita seperti ini dianggap tidak jujur dan sombong tetapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hati mereka. Wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan. 



Menunduk 

* Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan memiliki sifat yang tertutup. Mereka hanya akan berbual dengan orang yang rapat dan mereka yang dipercayai sahaja. Wanita seperti ini biasanya sukar ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati mereka, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebabnya, wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya. 



Kepala menegak 


* Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu pergaduhan kecil tercetus. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja. 



Badan bergoyang 


* Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan, tandanya wanita itu tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, ia akan dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Sifatnya yang suka ambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri. 



Badan menegak 


* Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menariknya, wanita ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat-sifat yang manja. 



Seperti zirafah 

 * Jika berjalan seperti zirafah, maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini memiliki perasaan sensitif. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata

The Chronicles of Narnia and Scandalsssss

salam...

owh..malam yang mewah!! makan mewah...gelak mewah...senyum mewah...hahahaha
bermewah dengan wang orang lain... tq Nezam and Doe yang dok perabes duet kat aku..
tak janji pon nak kendarat pakai baju colour hitam..mcm Doe cakap, nanti ade org tegur " bang, beli baju 2 buy 1 free 2 ke??? hahahaha..tak ke mental nak menjawab...
entry nie xda pic sebab x snap pe2 pic..mereka pemalu muka tak tahu malu..lain kali la snap pic..aku bkn rajin pon nk camwhore..lepas dinner mewah*saja nak mention* p toilet... mcm biase aku manusia normal yang tak tahan sejuk.leh plak dlam toilet minah indon nie gadoh dengan balak kowt... okey..p lantak die nak gadoh, tp pehal lu tendang pintu toilet gua!!! hati gua panas..lalu gua cepat2 lunaskan hajat dan keluar dengan muke seram Mak Mah ( jgn toleh kiri kanan ) lembut je gua tanye.. saudari knp?? de masalah besar ke tendang pintu sampai nak roboh...ganas kan?? semua tu tipu...hahahaha.. aku juz bukak pintu dgn muke tak puas hati dan minah indon 2 juz ckp sorry...herm.. tak faham aku..kok ye pon emosi...pintu toilet yang jadi mangse... dari cara perbualan macam minah 2 de scandal.. owh.. SERAM...
terlupa scandal aku da tunggu kat luar..* cetttt... shurang sama incek.radiographer*
owh..mintak dijauhkan la kecurangan itu...incek buah hati tahu i keluar dinner dgn pakcik 2 ekor tu..
tup2..leh pulak de paparazi skodeng i.. timbul gosip scandal kami bertiga..omaigod!!!
kecoh la dalam paper sok!! sile bace ruangan selebriti k...* aku mmg glamour pew..sile jelesh..hahaha*
dalam panggung pon maseh de paparazi tersebut.. bia lah..dia bukan kenal aku pon..ofismate nezam n doe..
dowg la yg kene lanyak sok... hahahha
aku suke bile perasaan mereka dipermainkan kerana mereka berdua suke mempermainkan perasaan aku...
giler mental aku lepak dengan dowg..siyes tekanan!! knp la aku mempunyai sahabat yang aneh...
Aneh lagi..entry aku asyik ada perkataan aneh jek... hurm...
bosan dengan minded typical malay person!! bile tgk pompuan keluar dgn lelaki tros dicop scandal..WTF
hello..depa 2org tu macam abg dah* aku mmg ramai orang syg* T__T
semoga minded rakyat Malaysia tak seperti beruk di dalam icebox..sekian

28 December 2010

aku bangang tapi aku ok

salam...

hari yang mendung tapi hidup aku ceria..gracias buat pihak yang terlibat memberikan aku markah yang baik..
aku bersyukur kerana penat lelah aku mempraktikkan pelbagai teknik peniruan telah berjaya...hahahaha
tq ALBERT BANDURA sbb kemukaan teori peniruaan..kan tak pasal2 aku dah salah guna..hahaha
kepada toyol2 cun melecun yang buat muke innocent gile masa dlm dewan exam..TAHNIAH.. see,betapa intelegent nye kt praktikkan sgala teknik "bandura"..* ye..trimas kt aku cpt sbb bg kowg tiru obj bulat2... LOL
owh..classmate aku mmg ade genetik "gila meroyan"..exam 2jam30min..tp kami jwb dlm mase krg dr sejam..hebat tak??hebat tak???*sile anggukkan kepala lutot..hahaha.. kami bukan kaki study, kami kaki ngulor,kaki wayang, kaki karoke lagu wali band dlm clus* triple LOL..hahaha kami kaki joget, kaki melepak dan kaki gadoh..yup..kami suka bergadoh pas2 cakap " kalau berani jum lawan mkn kat cafe!!"..KEJAM!!
tak kisah la semua tu... yang penting kami bukan la ulatbuku..muka buku mmg 100000% betol sbb kawan duduk sebelah pon leh ngorat gune FB..T____T
iyup,jgn sangsi..tempat aku sume pompuan dana kami suke usha classmate sndri dgn tweet mereka dgn ayat ngorat yg xleh bla seperti:
 hai awk..i lap u.. u look super duper gojez today, awk bau belacan la arini, saya sk tgk awk korek idong, aku jatoh cinte dgn beskal BMX ko..

owh....kami juga selalu tahu dan faham apa yang kami belajar sepangjang sem ketika 2, 3ari sebelum  nk exam...
itu pun bukan faham sgt pun..siap g clus tuisyen dgn cekgu tehah...( die classmate i yg pandai dan baik dan sopan dan ramah dan nyampah*die cute sgt* )

owh!!! baru perasan aku berkawan dgn mereka yang aneh...omaigod!!!
TAHNIAH KEPADA RAKANKU YANG ANEH!!
salam...

I LOVE YOU DUGONG!!!!
woah...cintan!! minggu penuh cinta. Entah kenapa Incek.Radiographer jiwang karat minggu ni. salu mulot macam  loji kumbahan jek.. tak agak2 ngutok aku..tanpe segan silu menjerit "OI GEMOX" di khalayak. tanpe rase bersalah ckap moto pancet sebab aku yg naik!! dem!! moto anda yang burok!!! * yeah..aku sgt suka merempit ketika dating.. kami maseh student ketika itu k..( skg beliau sudah menjadi seorang pekerja yg kedekut duet gaji.cetttt!!! ). aku dan die pelik..itu jek yang aku mampu cakap..tak kisah la.. sebab dia la racun dia la madu..
madu la sgt~~hohoho...aku xmo letak pic beliau sebab pic xda... ya!! sebagai seorang awex yang baik aku xda pic jembalang 2...hahahha.. pic sume dalam lappy lama.. so sgt malas nk p sedot pas 2 nk masok kt sini. byk sebab knp kita menyayangi seseorang tu.. tapi aku plak xtaw knp dan mengapa dia yang dipilih... mungkin ini lah seba2nya..cekidaouttttt....hahahaha



1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

24 December 2010

motif

salam...

apakah motif aku berblog??
oleh..sila tidur dan sambung fikir pagi esok ya

nite wahai pelayar mimpi

23 December 2010

sukaneka atau sukaRneka

salam...

pagi ni hujan..hujan selebat-lebatnya...owh indahnya Malaysia... bangun tgk muka sendiri macam perempuan mati laki..(haish!!! tak baik doakan laki @ incek radiographer kau mati ) choi!!! hahahaha. little bit unwell pagi ni sebab bukan sahaja dipengaruhi oleh iklim yang sejuk macam kat antartika tapi turut dipengaruhi dengan sikap yang menjengkelkan seorang actually beberapa orang makcik tua yang sibuk nak buat acara sukaneka 1Malaysia. owh..aku tak kisah pun depa nak buat apa..nak buat free sex partay pon aku lagi tak kisah..hikhikhik..( kepala aku memang kelabu )


aku bergumbira di Antartika ( memang tipuuuu )


eh apa kau sibuk wahai Gemox klo mereka nak bersukaneka sakan??? ya....memang aku kisah sebab mereka menyusahkan aku!!!! susah, susah, susah resah gelisah dibuatnya!!!
bace dialog mearpu dibawah dan fahamkan cerita:

myMOm : hello anakandaku yang cantik rupawan, tlg pergi rumah Mamaros sat..adahal dia nak mintak tolong..
anakanda : owh..tolong apa?? ok lah.. anakanda mu yang cantik rupawan ni akan pergi.
sesampai sahaja dirumah beliau kelihatan beberapa ekor makcik-makcik tgh bergosip.. wat the hal semua ini??
mamaros : wahai sicantik, mari masuk... kt nak buat mesyualat ( dem...mesyuarat sebenarnya )hahaha
anakanda : muke kene lempar belacan..hitam, berbau dan layak ditumbuk buat sambal belacan.
 bebrapa puluh juta minit kemudian...
mamaros : okeh u olls..sapa nak buat minit,buat atucara., paperwork n print out semua??
sapa nka jadi MC 4 dat day??
makci2 beruk : eh.. anakanda kan ada.. beliau seorang cikgu( bakal la bodoh!! belom grad!! ) anakanda buat semua ya.. ada masa free tak tolong beli hadiah seklai. ( WAT THE FISH!! )
mamaros: hadiah i beli n anakanda juz uruskan hal2 yang dah dibagataw k..
anakanda : i will do my velly~velly~velly besh u olss~~ ( cilakak haprak )


camni la muke aku!! tapi time 2 aku berlagak sebagai belacan yang anggun



berdasarkan dialog diatas ternyata aku mangsa child abuse ( woah..ko si gemox yang dah dewasa..sila sedar)
apa salahku??
apa salah diriku ??

kenapa aku terjerat dan membiarkan diri dijerat??
owh..sungguh baik aku rupanya sbb terima kerja sukaneka yang aku tak suka...

terima kasih kalian!!
aku berazam nk siapkan nk p print arini gak kt cc wak kacak..( CC nie mmg ramai anak dara dtg) hahaha

ok lah..doakan aku berjaya menuju puncak

demi mu 1 Malaysia~~

22 December 2010

apakah status anda?

salam...

Setelah sekian lama blog ni menjadi hutan simpan negara, akhirnya aku selaku pembalak HALAL datang la jugak meneroka..hahahhaa..bunyi macam warga felda pulak.. uh oh~~ tak kisah la.. janji acc belog ini x deadctive..

Tadi pagi bangun awal..sebab nak prepare breakfast untuk badak2 kat rumah nie...yeah..nick badak tak secomel nick GEMOX...( hey, dat was my superduper gojes nic k ) X__x.. okeh, sila kembali ke alam nyata. aku just prepare roti..bukan roti bakar, roti john, roti canai, atau roti masak 3 rasa..hanya ROTI YANG SUCI beserta kaya+planta..aku memang seorang yang sangat bangang pandai masak..hahhahaha 

After dat aku pun on fb kejap..dah jadi habit.. shopping pepagi buta.. i mean window shopping jek la..sebab ringgit malaysia taklah setebal mana..lagi pun sekarang dalam proses kikis habit BOROS..doakan aku berjaya!! tgh scroll2 tgk ada application utk rewind balik semua status or post yang penah kita wat..apa lagi.. aku gatai tangan buka application 2.. dan nah.. ambek kau status vangang yang aku post selama ni...























owh..baru aku sedar betapa LAPANG nya masa aku...hahahaha..